SEJARAH MASJID AYESHA
SEJARAH ISLAM : MASJID AYESHA , KOK LANAS NUR NADHIRAH BINTI ZULKEFFLI (04DAT21F1034) NOR IRDINA BINTI NORDDIN ( 04DAT21F1085) AINUL JAUZAA BINTI KAMARUDIN (04DAT21F1070) NUR SAFFIYA IRNA BINTI SUKRI (04DAT21F1082) NAMA PENSYARAH : PUAN ROHANA BINTI ABDULLAH BIODATA MASJID Menyusuri jalan utama dari Machang ke Kota Bharu, orang ramai pastinya akan terpegun melihat masjid yang tersergam indah seakan-akan sebuah istana di negara Eropah. Terletak di tengah-tengah pekan Kok Lanas berhampiran Politeknik Kok Lanas, ia dikenali sebagai Masjid Ayesha, yang mana seni binanya amat unik dengan bentuk ringkas tapi menarik. Uniknya, masjid berkenaan mempunyai lima menara tinggi, dan di tengah-tengahnya dihiasi dengan satu jam, juga seumpama masjid dalam taman yang diindahkan lagi dengan pelbagai bunga-bungaan. Bukan sahaja nampak cantik dari pandangan luar, bahkan ketika melangkah masuk ke dalam masjid, kita akan rasa lebih tenang disambut dengan haruman bunga-bungaan dan sua